yeah? rightio
hari selasa. bercakap panjang lebar dengan cha'a lolz n sheeqa pasal si bintang hati. aku dah sangat-sangat yakin yang aku mesti, dan akan lupakan dia. Sebabnya? Hari isnin tu, rasa macam ditolak ke tepi dan jatuh dalam longkang yang maha busuk dengan apa yang dia buat.
(lebih la tu.) dia asyik menjauh bila kami datang dekat. tak ada lah teruk sangat, sebab semua orang (3 sebenarnya) cakap, "dia mana tahu Dila suka kat dia." Betul lah jugak. sebab dia tak tahu la dia walk away. (ye ke dia tak tahu?)
Anyway, bila ak dah buat keputusan dengan angkuh dan bongkaknya aku akan lupakan dia, masa2 itu jugaklah dugaan datang bertimpa-timpa dengan banyaknya. Pusing kiri, nampak la bintang. Pusing kanan, bintang jugak. tengok depan, bintang lagi. pusing belakang lagi2 lah. (agaknya sebab tu orang cakap jangan pandang belakang, kan?ke?) Masa2 tu jugaklah mata ni dengan malangnya ternampak beg bintang2 la, dompet bintang2 la, hadiah bintang2 lah, signboard bintang2 lah. stesen lrt gombak pun ada papan iklan gambar bintang2. Dulu2, waktu perasaan masih berbunga, mesti aku gembira. Tapi sekarang lain. semua buat aku terseksa. (cehhh!) Terasa macam signs berbintang2 tu bertambah berganda-ganda. benci!
macam yang aku cakap tadi, aku memang dah confident gila untuk lupakan dia, tapi, keconfidentan yg aku dapat hari selasa tu bertahan smpai 2.30 pagi hari rabu. sebab nombor satu, waktu tu aku baru syahid. keduanya, malam tu, malam yang aku nekad nak lupakan dia tu, termimpi pulak encik bintang. memang bahagia lah! bangun dengan sorrow yang amat. Hari rabu, pergi kelas sorang2. xpe, xkisah. cuma jalan tu mmg macam zombie. agaknya kalaw zombie tengok aku jalan, confirm nak berguru dengan aku tiga semester.
tak cukup2 dengan mimpi, terserempak pulak dengan mamat fotostat muka inche bintang. memang rasa dah twinkle-twinkle pening lalat kat situ jugak. paling tak tahun, dalam kelas boleh pulak kesat2 air mata. 3 kali ulang alik g ladies. tahniah di situ ye. (sila la bg tepukan.)
memang, bila kita nak lupakan seseorang tu, apa yang kita perlu ialah sebuah mimpi indah yang membahagiakan tapi tak boleh bahagia, dan jumpa dengan orang sekeliling yang serupa tapi tak sama.
pagi tadi, pagi khamis. kelas bahasa melayu di bangunan kenms tu. dah jadi tabiat buruk mata tu mesti nak melilau jugak cari beliau yang berdaulat tu. nasib baik tak nampak, tak jumpa. kalau nampak?kalau jumpa? gerenti aku skip je pembentangan bm tu.
sangat mahu dedikasikan lagu tears on my guitar untuk dia.

No comments:
Post a Comment