Sunday, September 11, 2011

Alkisahnya..

*Esok {hari ni?} flight pulang ke uni. Oh!*

Tadi,makan di restoran. Cuma bertiga dgn mak & bapa. Dengan penuh semangat memesan nasi putih + telur dadar + tomyam ayam. Hampir 30 minit,nasi + telur dadar sampai, tanpa tomyam.


Dan..


Sampai ke sudah tomyam tak kunjung tiba. Makan nasi + telur dadar + kicap saja. Syahdu.

[Kalau itu aku pun boleh masak!!]

Friday, September 9, 2011

Adeiii

Teringat satu diskusi ni, entah bila dan di mana.

Usrah? Tv? Borak kosong?

Tak ingat.

Yang pentingnya....

A: Ni semua syaitan punya kerja la ni, bla bla bla...

B: Kat Padang Mahsyar nanti, Bila Allah tanya syaitan, adakah betul syaitan yang buat perkara-perkara mungkar tu? Syaitan akan jawab, dia tidak buat. Dia cuma bisikkan sahaja. Manusia tu yang bodoh mahu ikut.


Adeiii....

Saturday, September 3, 2011

Aku ni....

Adalah bahan ketawa

Adalah untuk dipersenda

Adalah perosak harta benda

Adalah untuk dipersalah

Adalah untuk dimarah-marah

Adalah untuk dibuat sesuka hati.


Baru

Baru apa?

Heh, baru jumpa internet, baru jumpa laptop. Sampai menaip pun entah apa-apa.

Nways

Minal Aidil Walfaizin buat teman-teman, maaf zahir batin. Halalkan makan minum.

:)