Tapi "series of unfortunate event" sudah lama. Sudah berlalu dekat seminggu. Sudah patut dilupakan, bukan? Maksudnya, kamu seorang yang dewasa, dan memaafkan adalah tindakan yang matang.Jadi, kenapa masih mahu terasa hati?
Masih boleh diterima akal kalau sehari dua benda tu jadi perbualan. Tapi sekarang sudah sampai tahap memuakkan bila dilayan. Sedang rancak berborak bergelak ketawa, tiba-tiba mahu bermasam muka mengadu domba.Out of the blue orang putih kata. Orang putih kata jugak here we go again....
Sudah-sudahlah!
Bukan sekali ini. Dulu pun begini juga. TIdak semena-mena juga keburukan berangkai terbongkar. Lepas si polan, si polan yang lainnya.
Hati tua. Ya, sangat sensitif. Tapi, ini sudah lebih. Sangat lebih. Sampai terasa dia memang tidak akan puas hati dengan pilihan setiap orang. Oh, tolong. Apa dia mahu semua orang turutkan semua kehendaknya? Apa dia mahu cucu-cucunya berkahwin dengan pilihan hatinya, baru dia akan puas hati?
Tiba-tiba jadi takut pada masa depan. Mungkin bila menikah nanti nasib yang sama dengan sepupu-sepupu.



